
*spesis yang sama........di alam yang berbeda*
perempuan..pemelihara..pemberi kasihsayang
perempuan, memupuk bentuk melindungi melahirkan kasih sayang, menjaga lagi memelihara suatu dgn penuh rasa cinta.. kepakaran serta kebijaksanaan e2 yang membuat perempuan lebih arif dlm apa jua segi, tabiat yang sedia ada padanya iaitu menemani, dan sering mau ditemani, bersantai kumpul bersama keluarga, mengajak jamu nikmati juadah, membuat perempuan sudah cukup mampu melihat keseluruhannya, andai ada kepincangan cacatcela pd anggota keluarga, walau satu perubahan yang amat kecil, kerna, atas, kesempurnaan yang sering diharapkan, perempuan sudah mampu merasakan ada yang tidak kena...tabiatnya dari lahiriah lagi asalinya.. perempuan punyai 'deria navigasi yang singkat', akan hanya dapat tenang perjalanan, bila dapat berdasarkan landmark apabila berkunjung jejak jelajah... inilah, satu2nya milik perempuan, kebolehannya, serta kebikjaksanaannya mengajunkan agar sekeluarga sihat ceria... tapi jangan diharapkan tuk perempuan memburu, melawan musuh atau hanya sekadar menukarkan mentol lampu...
lelaki...pemburu...melindungikawal
lelaki pula lurus lagi terang tanggungjawabnya..mencari makan! dan hanya e2lah yang disangka lagi dijangka semua... lelaki akan keluar pada setiap hari atau lewat malam tanpa mengendahkan bahaya yang menunggu bakal dihadapinya, asalkan berjaya membawa bekal pada isteri dan anak2 agar mereka selamat dari ancaman binatang buas, dan musuh2... 'deria navigasi yang jauh', untuk mencari buru, dapatkan makanan, dimana musuh tak mampu jejaki keberadaannya kerana senantiasa bergerak maju.. kejayaannya berdasarkan pulangan buruan yang telah diperoleh, maka, nah..! penghargaan tinggi dari sekeluarga, dikagumisanjung oleh anak2, disayangcintai oleh isteri, dgn secara tidak langsung lelaki sebenarnya merasai telah berjaya, menjalankan tanggungjawabnya, lantas, terasa dirinya, telah dinobatkan keluarga, sebagai ketua! maka e2, lelaki, tidaklah, memerlukan penganalisa2 tuk menganalisakan lg, kerana e2, sudah cukup membuktikan, bahawasanya yang lelaki jua, tidak perlu membawa keluar sampah, maupun menukar lampin anak..
*mengapa lelaki sering tidak dapat jumpa apa yang dicari...kata mereka*
"yanggg, mana? ayang sorokkan lg ya, mentega tuuu.." (yang sah boleh dilihat di permukaan para sejurus pintu peti ais dibuka)
detak perasaan perempuan yg ampuh
ini disebabkan deria perempuan, lebih dihalusi mampat lagi teliti, berbandingkan dgn deria lelaki.. berdasarkan tanggungjawab kesempurnaan rumah tetangga, sakit sihat anak, penat lelah suami, diah terlatih tuk mengesyak, keceriaan, kemarahan, kelaparan, kesedihan, kekecewaan...tertera sudah kudrat naluri sebagai hawa.. (perasaan lahiriah inilah satu2nya sering melebar liar, jika pasangannya nakal, ...sering terpergok kantoi juga selalunya)
"gmana ya, mini akoe boleh terlihat seutas rambut panjang, dr jarak sebatu jauhnya dr akoe, sedangkan tidak mampu nampak tong sampah ktika memakirkan kereta...."
lelaki harus dibuktikan dgn linangan airmata, marah rajuk yang tak bertujuan arah, atau sepuk2 yang bertubi tuk mengkabarkan, apa yang sdg berlaku
lahiriahnya lg, lelaki, "mencari makan" tertera padat dimindanya...yang pasti tidak mungkin mampu berdiam di dlm gua pd jangkamasa yang lama, cukup untuk pelajari keadaan tindaktanduk kelakuan keluarganya... maka lelaki tidak tahu tentang ini...(ingat..jarak navigasi yang menjauh?) ia juga dipahami, penelitian otak lelaki yang tenang telah dikaji 70% mampat mendap tertutup tidor, manakala di waktu yang sama perempuan menunjukkan 90%, tp penerimaan isyarat perempuan, menganalisa atas pengedaran keadaan disekelilingnya tetap aktif lagi masih berfungsi kerja.. perempuan tahu kawan2 anaknya, pengharapannya, impiannya, ketakutannya, saat2 cemasnya, lamunan cintanya, segala kemusyikilan ganjil jejak tingkahlaku, dimana ternyata, adam agak kurang arif dlm bidang ini (kekadang malah terlupa ada org lain 'anak2 kecil di rumahnya' selain dirinya sendiri) ....
perempuan memiliki paravisual yang canggih..e2 sebab mereka dapat memerhatikan lelaki dengan selamber tanpa ketahuan lelaki e2
kajian saikoloji melapurkan perempuan juga memerhatikan paras tubuh lelaki (cuci mata) seperti selalunya lelaki scan paras tubuh perempuan.. disebabkan perempuan mempunyai lebih banyak rangkaian kon dalam retina di dalam mata, yang selalunya e2, dapat menyerlahkan variasi warna dengan lebih teliti.. memiliki paravisual yang melebar luas dengan sekilas pandang, dari lelaki...perempuan umpama mengawalrapi anak2nya di dalam sangkar e2, kerana, didapati software pada otaknya, menerima ukuran 45darjah, pada hanya sebelah mata, apalagi, dengan dua dua belah, liputan penglihatannya mau jangkau hampir 180darjah!
lelaki selalunya miliki visual terowong..
e2 sebab lelaki selalunya nampak sangat bila mereka sedang memerhatikan atau dalam proses scanning pada perempuan lain (mereka terpaksa memalingkan kepalanya untuk menengok lihat) mata lelaki lebih besar dari mata perempuan..otak lelaki memiliki visual jarak jauh lurus mendalam ke terowong..melihat dengan jelas, tepat2 apa yang ada di hadapannya, walau objek e2 terletak di dalam suatu ruang menyempit dengan jarak yang agak jauh (benar mirip bagaimana teropong e2 berfungsi? umpamanya, sebegitu..)
paravisual perempuan yang melebar luas

paravisual lelaki yang menerowong

menarik bukan? ... jangan ketinggalan untuk ketahui tentang kieta lebih lanjut, banyak lagi yang menarik tuk paparan kamoe dari akoe, tentang kieta. seterusnya... sampai nanti :-)
