mereka berada diluar dunia yang tidak mati dan tidak pula hidup.
"wahai kamoe yang ini, datang dari keramaian dunia." katanya
lantas..
mereka gembira dengan mimpi nan indah
segala lagu madah bersulam alun
disalut dalam
menyelimut sanubari yang kesepian
pastinya
kicauan burung mengirim syahdu rindu
agar
bermandi mentari pagi yang menerjah fajar
ketulusan menanti
kehadiran yang seringkalinya
kebetulan
mengunjung tiba
berajakkan tawa renyah
pengertian bermakna buat mereka melewati harian
menyelam dalam
sedalam nurani menadah
kemanisan yang menyapa berkesahajaan
sudah cukup utuh erat
membingkiskan bekalan
walau
tanpa kehadiran tubuh
lapang luas tidak mampu berdakapan empuk
"wahai kamoe yang menemani akoe" katanya
"terima kasih cinta"
dengan hanya sekadar selami mimpi indah e2
walhal
mereka ketahuan ianya tidak akan kekal sempurna..
kerana
apabila suatu hari nanti "pegawai" masuk untuk keperluannya sendiri
maka..
mimpi indah e2 mula jarang datang
dan
mulalah mereka alami mimpi yang buruk2..
apabila utusan isyarat menyapa
detik e2lah
bermulanya pembawa suatu berita
tentang ianya akan hilang segala keindahan..
ia berjalan dengan langkah yang cepat.
berita buruk e2 menerpa
kerana
seringkalinya petanda yang buruk mengetuk panik
jika berita yang dibawa e2 adalah bakal memburukkan..
ianya pasti tiba sehari semalam..
aneh
bagaimana kepantasan menerjah
kerana
sekiranya
ianya baik,
tentu sengaja memakan masa bersahaja,
malah selamanya untuk kunjung tiba..
maka
mereka layang angankan pandangan mereka
ke arah yang boleh untuk menyenangkan e2
di petang hari
lantas
menjadi segarlah jiwa mereka
atas keindahan pemandangan yang mereka lihat tolehkan sejenak
untuk pertahankan
cacatcela yang bakal mendatang
tanpa ada kemenangan pada yan selubung menyelubung belenggu
yang akan sering menghantui untuk
mematah remukkan
jiwa jiwa padu mereka
hubungan mereka sepanjang masa tetap bestari.
adapun perpisahan antara mereka hanyalah seperti hujan di musim semi.
curahnya yang deras menakutkan diah
tetapi akan segera lihat kelemahannya
agar ia cepat berganjak...
kejenakaan diah mampu membangkitkan semangatnya..
bahkan terkadang
diah mampu membuat orang yang sebelumnya tidak pernah merasakan tenang
menjadi riang gembira..
pasti
pancaran raut wajahnya laksana
bintang yang mengiringi setiap perjalanan
sebagaimana yang diimpi imajikannya tentang diah
"kamoe akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
jika kamoe bertemu dengannya..
seolah kamoe memberikan kepadanya sesuatu
yang kamoe sendiri memerlukan" katanya
diah tidak pernah tahu yang
diah segala pengusir keraguan yang ada di dirinya
terkadangkala secepat kilat
bahkan senantiasa menyelimut perasaan syahdunya
kehidupan yang dimilikki adalah selembut dari beberapa lembaran..
tidak berkemungkinan meraih kejayaan dalam suatu zaman jika menyerah
sebab watak zaman adalah melawan kebebasan
telah lama dilewatinya dahulu berlalu
segala dukungan dari diah menguatkannya
ternyata cinta
tanpa ada kesedaran rela pasrah
hanya bersahaja
semangatnya dipupuk keindahan bernafas baginya
pasti
namun..



