
kieta selalu mendengar kisahnya Nabi Adam as. dan kieta juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kieta tahu akan tanahnya itu? dapatkah kieta tahu akan prosesnya kejadian itu? mari kieta baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kieta lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kieta mempelajarinya bersama-sama. berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran. betapa payahnya para malaikat meminta tanah dari bumi untuk Nabi Adam as (abu basyar/bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, ALLAH SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada ALLAH SWT. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
setelah itu, ALLAH SWT memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu ALLAH SWT memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. akhirnya, ALLAH SWT menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
firman ALLAH SWT:
"hai Izrail! engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku.”
maka Israil berjaya membekalkan tanah-tanah, ALLAH SWT jua memberi tanggungjawab yang Israil akan jua mencabut roh manusia
maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
lalu
ALLAH SWT berfirman lagi:
“Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya
jenis tanah yang digunakan: tanah tempat bakal berdirinya baitul mugaddis..
tanah bukit tursina.
tanah iraq.
tanah aden.
tanah al-kautsar.
tanah tempat bakal berdirinya baitullah.
tanah paris.
tanah khurasan.
tanah babylon.
tanah India.
tanah syurga.
tanah tha’if
menurut ibnu abbas. kepala Adam dari tanah baitul-muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
telinganya dari tanah bukit thursina, kerana diah alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
dahinya dari tanah iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
mukanya dari tanah aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
matanya dari tanah telaga al-kautsar, tempat menarik perhatian.
giginya dari tanah al-kautsar, tempat memanis-manis.
tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
tangan kirinya dari tanah paris,tempat beristinjak.
perutnya dari tanah babylon.
Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
tulangnya dari tanah bukit thursina,alat peneguh tubuh manusia.
dua kakinya dari tanah india, tempat berdiri dan jalan.
hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya..
lidahnya dari tanah tha’if, tempat mengucap syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
proses kejadiannya..
ketika ALLAH SWT jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. kemudian ALLAH SWT resapkan nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat nur sifat ALLAH SWT, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. kemudian ALLAH SWT menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. tidak seperti warna kulit manusia. kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
tujuh buah letaknya adalah
di kepala
dua liang mata,
dua liang telinga,
dua liang hidung
dan sebuah liang mulut.
Dibawah:
Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
dijadikan pula lima buah pancaindera:
Mata alat penglihatan
hidung alat penciuman
Telinga alat pendengaran
mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya
anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
setelah roh masuk ke dalam tubuh Adam lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
demikianlah ALLAH SWT memberi kekuatan pada Izrail
untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.
kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu..
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
ketika itulah ALLAH SWT ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat ALLAH SWT.
lalu ALLAH SWT berkata :
”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”.
oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah”
kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar)..
sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II) maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. maka seketika itu terasalah lapar. kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus. begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam






















